10:10

Tangani Perubahan Iklim dengan 10 langkah yang mudah

10:10 Selangor Langkah-langkah mudah

01 Kurangkan aktiviti penerbangan
Gantikan penggunaan pesawat dengan keretapi. Pilih destinasi percutian yang berhampiran tetapi lama. Ini akan mengurangkan pembebasan karbon dengan ketara.

02 Jimat 10% untuk tenaga penghawa dingin 
Menetapkan suhu penghawa dingin pada paras 25 darjah Celsius ke atas. Lebih baik, gunakan kipas dan udara semulajadi.

03 Jimat 10% untuk jumlah bil elektrik 
Gantikan mentol lampu biasa dengan mentol lampu jimat tenaga. Gantikan alat-alat elektrik yang lama seperti peti sejuk dan seterika. Padamkan suis utama untuk alat-alat yang tidak digunakan. Bandingkan dengan bil tahun lepas.

04 Kurangkan penggunaan kereta 
Tinggalkan kereta anda di rumah sehari setiap minggu. Anda boleh berjalan kaki, menunggang basikal atau menggunakan pengangkutan awam. Anda juga boleh berkongsi kereta ke tempat kerja.

05 Pemakanan yang sihat 

Buah-buahan dan sayur-sayuran organik tempatan menghasilkan pembebasan karbon yang rendah. Kurangkan makanan yang diproses. Jadikan sehari dalam seminggu hari tanpa daging.

06 Beli barangan berkualiti
Kurang penghasilan barangan = kurang pembebasan karbon = kurang bencana iklim. Jadi, belilah barangan berkualiti tinggi yang tahan lasak. Baiki barangan yang rosak. Beli ataupun jual barangan terpakai.

07 Kurangkan bahan buangan
Elakkan pembungkusan yang berlebihan. Patuhi prinsip “kurangkan, guna semula, & kitar semula” untuk segala bahan, dan kitar sisa makanan menjadi baja kompos. Elakkan penggunaan beg plastik.

08 Jangan membazir makanan 
Setiap keluarga di Malaysia melakukan pembaziran makanan bernilai RM100 setiap bulan. Jadi, jangan membeli atau memasak lebih daripada yang diperlukan.

09 Jangan membazir air 
Air paip menggunakan banyak tenaga, khususnya air panas, jadi berjimatlah apabila mandi, kumpul air hujan untuk menyiram pokok dan gunakan mesin basuh apabila muatan penuh sahaja.

10 Hidup lebih ceria
Anda lebih sihat dengan ativiti berjalan kaki dan berbasikal. Anda juga telah mendapat teman-teman baru dari aktiviti bertukar barangan & berkongsi kereta. Perbelanjaan juga telah dikurangkan. Anda juga boleh berbangga menjadi sebahagian daripada usaha global untuk mencegah perubahan iklim
… TAHNIAH!


One Comment to “10:10”

Leave a comment