Konvensyen Ramsar (Ramsar) & Malaysia

 Tasek Bera, Pahang

Konvensyen Ramsar (Ramsar)

Konvensyen tanah lembap yang ditandatangani di Ramsar, Iran, pada 1971, merupakan perjanjian antara kerajaan (intergovernmental treaty) yang menyediakaan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan dan kerjasama antarabangsa bagi konservasi dan penggunaan lestari tanah lembap serta sumber-sumbernya.Setakat ini Konvensyen Ramsar dianggotai oleh 154 Negara Parti dengan 1641 kawasan tanah lembap seluas 146 juta hektar yang dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai tanah lembap Ramsar yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Malaysia menyertai Konvensyen Ramsar pada 1994 dengan menyenaraikan Tasek Bera sebagai tapak Ramsar pertama negara. Ciri-ciri semula jadi tasik air tawar ini memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Konvensyen Ramsar seperti keunggulan tasik, sungai, diversity flora dan fauna serta fungsinya sebagai tempat pembiakan burung-burung air.

Selepas Tasik Bera, beberapa kawasan tanah lembap yang lain turut diisytiharkan sebagai tapakRamsar seperti berikut:

  • Hutan bakau Sungai Pulai , Johor (31/01/2003)
  • Hutan Bakau Tanjung Piai, Johor (31/01/2003)
  • Pulau Kukup, Johor (31/01/2003)
  • Kuching Wetland National Park, Sarawak (08/11/2005)

Jabatan PERHILITAN terlibat di dalam pelaksanaan Konvensyen Ramsar apabila Tasek Bera disenaraikan sebagai Tapak Ramsar pertama semasa negara menyertai konvensyen ini. Selain daripada menguruskan tapak Ramsar ini, Jabatan ini  turut menyelaras pelaksanaan konvensyenini di peringkat kebangsaan

Article Source https://www.facebook.com/notes/kementerian-sumber-asli-dan-alam-sekitar-nre-malaysia/tahukah-anda-konvensyen-ramsar-tapak-ramsar/296805593709557

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: