Info Bilik Gerakan Banjir/Bencana Negeri Selangor


Sistem Amaran Awal

NO. TELEFON DAN FAX BILIK GERAKAN BANJIR/ BENCANA NEGERI SELANGOR

  NOMBOR TELEFON NOMBOR FAX
1. 03-5521 2344 03-5521 2351
2. 03-5521 2345 03-5521 2352
3. 03-5521 2346  
4. 03-5521 2347  
5. 03-5521 2348  
6. 03-5521 2349  
7. 03-5521 2350  

Urusetia Bilik Gerakan Pengurusan Banjir/ Bencana Negeri Selangor

  NAMA NOMBOR TELEFON
1. En. Fahrin B. Asmawi  03-5544 7064
2. Pn. Zalina Bt Mat Jani  03-5544 7008
3. Pn. Azlijah Bt Md Yusop  03-5544 7572

Sumber:

Bahagian Khidmat Pengurusan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 18, Bangunan SSAAS, Shah Alam

Article Source http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=565&VertSectionID=373&CurLocation=4&IID=

PERINGKAT PENGURUSAN BENCANA

Pengurusan bencana dikategorikan kepada tiga (3) peringkat mengikut sifat-sifat bencana, impak kepada penduduk dan kawasan bencana tersebut. Ketiga-tiga peringkat tersebut adalah seperti berikut:

Peringkat 1

Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Peringkat 2

Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua (2) daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Peringkat 1 dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Peringkat 3 

Kejadian yang berpunca daripada Bencana Peringkat 2, bersifat lebih kompleks atau meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua (2) buah negeri. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar negara.

Info Source http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?ida=INFO-20080101235759&type=INFO&page=content

Leave a comment