Posts tagged ‘kerajaan negeri selangor’

28 June, 2012

Laporan Aktiviti CETDEM Hari Organik #10

Laporan Aktiviti CETDEM Hari Organik #10 yang telah berlangsung pada Sabtu, 23hb Jun 2012 di SS2 Petaling Jaya.

14 May, 2012

Penghargaan kepada pasukan penyelamat yang berjaya menjumpai pendaki sesat di HSK Templer

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN PENYELAMAT YANG BERJAYA MENJUMPAI PENDAKI YANG SESAT DI HSK TEMPLER

Kerajaan Negeri Selangor ingin memberi penghargaan sepenuhnya kepada pasukan penyelamat yang berjaya menjumpai pendaki yang sesat di dalam Hutan Simpan Kekal Templer selama empat hari.
Mangsa tersebut, Encik Hardip Singh, telah memasuki kawasan hutan pada lewat petang hari Rabu dan tidak dapat dihubungi selepas itu.

Operasi mencari beliau dimulakan dengan segera dan pada tengahari ini, Hardip berjaya diselamatkan. Beliau dijumpai oleh salah satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada sukarelawan: dua orang dari kampung Orang Asli di Bukit Lagong dan dua orang pendaki.

@Yussainy: Terima kasih. Ucapan @elizabethwong kepda orang asli yg membantu operasi dan penyelamat sehingga temui mangsa di Templer

4 January, 2012

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik di Seri Kembangan

Beg-beg boleh guna-semula (non-woven reusable bags) telah diedarkan kepada orang ramai oleh sukarelawan Persatuan Penganut Buddha Serdang dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24 MPSJ.

ANJURAN : PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SERDANG
BERSAMA : JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) ZON 24 MPSJ
TARIKH : 29 DISEMBER 2011
TEMPAT : TAMAN SG BESI INDAH, SERI KEMBANGAN