Lembah Klang pada hari ini telah melebihi bacaan API 100

KUALITI UDARA KURANG SIHAT

Kualiti udara beberapa kawasan di Lembah Klang pada hari ini telah melebihi bacaan API 100, iaitu tahap kurang sihat.

Punca jerebu yang ini adalah pembakaran yang berlaku di Sumatra, Indonesia, akibat musim kering dan panas. Mengikut pemantauan saya, peningkatan yang mendadak telah berlaku.

Seminggu lalu, hanya 60 hotspot dikesan di Sumatera. Semalam, 122 hotspot dikesan dan pada hari ini, bilangan telah meningkat kepada lebih dari 200. Arah peniupan angin dari Sumatera telah menjadikan keadaan lebih teruk di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Mengikut ramalan, keadaan ini mungkin menjadi lebih teruk dalam masa akan datang.

Di Semenanjung Malaysia pula, lima hotspot dikesan; hanya satu daripadanya didapati di Selangor iaitu di Pulau Kempas, Kuala Langat. Pihak bomba kini berusaha untuk mengawal pembakaran tersebut.

Walaupun aktiviti pembakaran di luar negara tidak dapat dikawal oleh Kerajaan Negeri Selangor, kami tetap berusaha dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengurangkan jerebu ini.

Kerajaan Negeri telah memantau keadaan sejak musim kering bermula pada bulan Mei. Saya telah mempengerusikan satu mesyuarat pada awal bulan ini untuk memastikan kami bersedia untuk melawan pembakaran terbuka yang berlaku di Selangor.

Memandangkan kualiti udara yang kurang sihat, penduduk dinasihati untuk mengurangkan aktiviti di luar, khususnya warga emas dan kanak-kanak. Kerajaan Negeri juga ingin memberi amaran untuk mengelakkan dari segala aktiviti pembakaran terbuka kerana ia akan memudaratkan keadaan.

Untuk meneliti dengan terperinci punca pembakaran ataupun “hotspot,” maklumat boleh didapati dari laman web http://haze.asean.org/firehaze. Kerajaan Negeri juga akan mengeluarkan maklumat perkembangan terkini dari masa ke semasa. Penduduk juga digesa untuk menghubungi Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor untuk melaporkan segala aktiviti pembakaran terbuka yang dijumpai.
YB ELIZABETH WONG

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: