Rakyat Digalak Berbasikal, Kerajaan Negeri Rancang Tingkat Kemudahan

BY HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 20 MEI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memuji usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya(MBSJ) mempromosikan gaya hidup sihat dengan menganjurkan pertandingan berbasikal Cycle Fest MPSJ 2012 di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, program berbasikal mampu menwujudkan gaya hidup sihat kerana ia akan mengekalkan keadaan persekitaran dalam keadaan semula jadi.

Menurutnya, usaha digerakkan MPSJ adalah bagus berikutan ia bakal memberi banyak manfaat kepada masyarakat di kawasan itu.

“Program berbasikal ini akan dapat menarik perhatian masyarakat khususnya di Subang Jaya dan merasa selamat berbuat begitu serta memberi latihan menerusi kayuhan dibuat. Konsep berbasikal ini adalah konsep hijau iaitu di mana kita mengeluarkan tenaga tetapi tidak memberikan kesan buruk kepada persekitaran.

“Saya harap penduduk di Subang Jaya dapat menerima konsep ini tetapi perlu disertai disiplin dengan pemandu kenderaan bermotor harus memberi keutamaan kepada penunggang basikal supaya mereka berasa selamat,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian.

Turut hadir, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid.

Bagi merealisasikan hasrat itu, katanya, usaha mewujudkan laluan berbasikal perlu dijalankan dengan perbincangan dan kerjasama semua pihak yang berkaitan.

Kerajaan negeri yakin perancangan itu tidak akan terhalang biarpun pembangunan dibuat sebelum itu tidak mengambil kira pembinaan laluan berbasikal tersebut.

“Usaha itu tidak semestinya menghalang kita membuat perancangan masa depan.  Oleh sebab itu kita akan membuat mengikut langkah demi langkah. Pertama kita kenalkan konsep, kedua mencari tapak atau pembangunan baru bagi kewujudan tempat rekreasi atau pembinaan laluan berbasikal,” katanya.

Abdul Khalid menjelaskan pihaknya yakin sekiranya masalah kawasan Subang Ria yang mempunyai satu bahagian tasik besar dapat di atasi maka sudah tentu pembangunan kemudahan laluan berbasikal serta kawasan rekreasi menjadi satu yang praktikal.

Program Cycle Fest ini dianjurkan buat julung kali oleh MPSJ dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Selangor dan Polis DiRaja Malaysia (Polis) menggabungkan tiga acara berbasikal iaitu acara jalanan, Basikal Bukit serta yang lain seperti Fixie, Foldingf Bike dan Terbuka OKU. Ia menyediakan hadiah keseluruhan sebanyak RM15900.00.

Pertandingan yang berlangsung pada awal pagi tadi dijangka berakhir pada sebelah petang hari ini.

Article Source http://www.selangorku.com/?p=8104

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: