Penghargaan kepada pasukan penyelamat yang berjaya menjumpai pendaki sesat di HSK Templer

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN PENYELAMAT YANG BERJAYA MENJUMPAI PENDAKI YANG SESAT DI HSK TEMPLER

Kerajaan Negeri Selangor ingin memberi penghargaan sepenuhnya kepada pasukan penyelamat yang berjaya menjumpai pendaki yang sesat di dalam Hutan Simpan Kekal Templer selama empat hari.
Mangsa tersebut, Encik Hardip Singh, telah memasuki kawasan hutan pada lewat petang hari Rabu dan tidak dapat dihubungi selepas itu.

Operasi mencari beliau dimulakan dengan segera dan pada tengahari ini, Hardip berjaya diselamatkan. Beliau dijumpai oleh salah satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada sukarelawan: dua orang dari kampung Orang Asli di Bukit Lagong dan dua orang pendaki.

@Yussainy: Terima kasih. Ucapan @elizabethwong kepda orang asli yg membantu operasi dan penyelamat sehingga temui mangsa di Templer


Saya mewakili Kerajaan Negeri menyambut Encik Hardip di tapak Templer’s Park dan pasukan penyelamat. Usaha gigih pasukan penyelamat amat membanggakan, dan sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan penuh kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam kecemasan ini.

Antara pihak yang terlibat dalam operasi termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat Selayang, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhilitan Negeri Selangor Jabatan Pertahanan Awam, anggota polis dari Rawang, Selayang dan Gombak.

@Yussainy: Harjit Singh mangsa hilang dHSK Templer mampu tersenyum kpd pasukan penyelamat dan rakan2 sebelum dihantar ke hospital

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dari masyarakat Orang Asli, komuniti pendaki dan “hashers” yang turut turun bekerjasama untuk menyelamatkan Hardip yang kini diberi rawatan di Hospital Selayang.

@Yussainy: Pasukan pencari dan penyelamat orang hilang di HSK Templer Hari ke 3

Saya ingin menasihatkan orang awam supaya tidak masuk ke kawasan Hutan Simpan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor agar insiden sebegini boleh dielakkan.

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: