Pelancaran Pusat Kitar Semula di Kg Dato Lee Kim Sai, Rawang

Pusat Khidmat ADUN Rawang YB Gan Pei Nei bersama JKKK Dato Lee Kim Sai telah mengadakan aktiviti “Perlindungan Alam Sekitar. Hijaukan Rawang” sempena sambutan Hari Bumi Sedunia pada 22 April 2012.   Disamping itu, satu majlis penyerahan Tong Kitar Semula dan pelancaran Pusat kitar semula juga diadakan.

Program ini mendapat sambutan hebat dan disertai lebih kurang 80 orang. Penyertaan ibubapa serta anak-anak telah memberi  peluang kepada mereka berinteraksi dan berkerjasama dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Sambutan meriah daripada ibubapa dan kanak-kanak

YB Gan Pei Nei berkata: ‘ Bumi kita diiringi dengan cabaran iaitu perubahan cuaca, pemanasan global,banjir kilat, tsunami dan gempa bumi. Oleh itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar supaya dapat meneruskan kesinambungan survival kehidupan manusia.

Majlis penyerahan Tong Kitar Semula kepada JKKK Dato Lee Kim Sai

Pada Hari Bumi 2012 yang bermakna ini, YB Gan menyerahkan tiga Tong Kitar Semula daripada Majlis Perbandaran Selayang kepada Ahli Jawatankuasa JKKK Dato Lee Kim Sai. Majlis Penyerahan Tong Sampah Kitar Semula merupakan sebahagian usaha menanam sikap penduduk menghargai barangan terbuang yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, tin kosong, kotak serta kertas dan tidak menganggapnya sebagai sampah-sarap yang tidak berharga.

“Penduduk boleh mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan menghantar ke pusat kitar semula yang terletak di hadapan pejabat JKKK.  Saya yakin kempen ini secara tidak langsung akan menyedarkan penduduk mengamalkan amalan kitar semula yang mampu mengatasi masalah pencemaran dengan lebih efektif termasuk memupuk sikap berjimat cermat menghargai barang yang masih boleh dipakai” kata YB Gan.

Article Source http://ganpeinei.wordpress.com/2012/04/24/pelancaran-pusat-kitar-semula-di-kg-dato-lee-kim-sai-rawang/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: