Perubahan Iklim merupakan cabaran paling sengit yang dihadapi oleh Dunia, Negara, Bandar dan komuniti pada masa kini. Impak perubahan iklim tidak terhad kepada tempatan saja namun seluruh warga Dunia akan menghadapi cabaran dan ancamannya yang sama, samada sekarang ataupun pada masa akan kelak. Perubahan Iklim telah melihatkan kenaikan haba dunia, peningkatan paras air laut, kehilangan warisan semulajadi dan sejarah dan lain yang mengubah gaya hidup dan kualiti persekitaran petempatan. Apakah perubahan iklim ini dan impak susulan akan menjejaskan perbandaran di Malaysia terutamanya wilayah Lembah Klang? Adakah kita memahami dan menyedari bahawa perubahan telah dan akan terus berlaku menjejaskan komuniti kita? Bagi menghadapi cabaran tersebut, apakah yang boleh PBT mahupun komuniti lakukan?
Sempena dengan Sambutan Hari Bumi Sedunia 2012, satu syarahan umum memberikan penerangan kepada kita berkenaan perubahan iklim, impaknya dan yang penting sekali kaitannya dengan PBT dan komuniti akan diadakan.
OBJEKTIF
1. Menyambut Hari Bumi Sedunia Tahun 2012 pada 22hb April 2012
2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan awam berkenaan isu dan cabaran perubahan iklim dan pembangunan mampan
3. Menghebahkan inisiatif Majlis berkenaan Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah
ATURCARA TENTATIF
2.30pm Ketibaan tetamu dan peserta
2.45pm Ketibaan Tetamu Kehormat
3.00pm Upacara Perasmian
3.15pm Syarahan: “PERUBAHAN IKLIM: KAITANNYA DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN KOMUNITI”
oleh Tuan Dr Gary William Theseira, Timbalan Pengarah, Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Semulajadi dan Alam Sekitar
4.15pm Perbincangan Panel (Pengerusi dan Ahli telah dijemput dan masih menunggu persetujuan)
Pengerusi: Prof. Dr Phang Siew Nooi (University of Sunway)
Ahli-Ahli
Tuan Dr Aizi Razman bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan
Tuan Nithi Nesadurai Pengerusi EPSM
Tuan Lee Lih Shyan Ketua Unit OSC MBPJ
4.45pm Sesi Soal Jawab
5.00pm Bersurai dan Jamuan ringan
PESERTA
Terbuka secara PERCUMA kepada semua warga bandar khususnya pegawai kerajaan, komuniti, NGO, Badan Iktisas, sector swasta, ahli majlis dan mereka yang berminat mendalami berkenaan cabaran perubahan iklim
PENDAFTARAN / KETERANGAN LANJUT
Sila hubungi
Pasukan Petugas The Low Carbon Green City of Petaling Jaya
c/o Unit Pusat Setempat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin
46675 Petaling Jaya
Tel: 03-79563544 samb. 401/402 (Puan Norhaizey / Puan Nor Afidah)
https://www.facebook.com/events/223846681052903/
Leave a Reply