Sambutan Earth Hour di Shah Alam

This slideshow requires JavaScript.

Seramai 100 peserta cilik menyertai Program Kayuhan Malam sempena Kempen 60 Earth Hour anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan.

Kanak-kanak berkayuh sejauh dua kilometer (km) mengelilingi Dataran Kemerdekaan manakala seramai 1,000 peserta lain daripada pelbagai peringkat umur berkayuh sejauh 10km mengelilingi pusat bandar Shah Alam sebagai simbolik dan tanda sokongan terhadap kempen itu.

Pemilik bangunan di sekitar pusat bandar Shah Alam juga turut mengambil bahagian dengan menutup seketika lampu di premis masing-masing selama sejam bermula jam 8.30 hingga jam 9.30 malam.

Selain itu, pelbagai acara diadakan sepanjang kempen berlangsung seperti persembahan Puisi Dra, boria Shah Alam, persembahan drum circle dan percussion serta tarian kontemporari yang membawa mesej Sayangi Alam Sekitar.

Program yang dirangka, MBSA berharap dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memulihara keseimbangan alam sekitar.

Wakil Tabung Alam Sedunia (WWF), Surin Suksuwan, hadir memeriahkan acara dengan memberikan maklumat terkini mengenai pemuliharaan alam sekitar kepada pengunjung yang hadir. Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang menyempurnakan gimik penutupan suis lampu di Dataran Kemerdekaan dan beliau bersama peserta juga berkayuh di sekitar bandaraya ini untuk menunjukkan sokongan.

Koleksi Gambar di laman FB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: