Laporan Aktiviti CETDEM Hari Organik Mac 2012

Hari Organik #9 telah berlangsung pada Sabtu, 24hb Mac 2012 di SS2 Petaling Jaya.

CETDEM Hari Organik merupakan gabungan konsep Pasar Organik dengan program Ceramah, Demonstrasi dan aktiviti riang-ria untuk pelbagai lapisan masyarakat. Hari Organik bertujuan untuk mempelawa masyarakat umum untuk mengetahui serta menghayati cara hidup lestari yang sihat dan organik (Sustainable Healthy and Organik Lifestyle). Para Pengunjung (pelanggan) dan Usahawan Pameran (peniaga) Hari Organik digalakkan untuk memupuk kesefahaman yang mendalam supaya mereka saling mengetahui kehendak dan kemampuan pihak yang lain. Rangkaian (Networking) amat dititik-beratkan supaya semua pihak dapat menikmati keberkesanan yang terbaik.

CETDEM Hari Organik yang berlangsung pada hari Sabtu, 24hb Mac 2012 yang lalu merupakan edisi ke 9. Acara ini telah dianjurkan di bawah naungan CETDEM dengan usahasama dan sokongan padu daripada penduduk setempat SS2, pihak berkuasa tempatan MBPJ, Pejabat Local Agenda 21, Slow Food Klang Valley Convivion serta Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat EXCO YB Elizabeth Wong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap berkaitan Alam Sekitar.

CETDEM Hari Organik #9 bermula secara rasmi pada pukul 8:30 pagi. Sebanyak 11 khemah untuk 40 buah gerai pameran dan 1 khemah/pentas utama telah dibuka. Pengusaha gerai pameran termasuklah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Petani Bersijil Organik, Peruncit barangan Organik serta pengusaha Kompos. Walaubagaimanapun, para pengujung terawal telah sampai ke tapak pameran dan mula menziarahi gerai pameran sejurus sebelum pukul 8 pagi lagi. Kami anggarkan jumlah pengunjung kali ini (dalam lingkungan 4,000 orang) telah mencecah jumlah pengunjung yang datang untuk edisi sebelumnya. Kami juga mendapati ramai pengujung kali pertama ke Hari Organik, ada yang datang dari jauh, termasuk Johor. Komposisi pengunjung juga mencerminkan masyarakat majmuk Petaling Jaya – penduduk Cina, Melayu, India dan juga pelawat berasal dari negara asing.

CETDEM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Pejabat EXCO YB Elizabeth Wong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap berkaitan Alam Sekitar kerana sudi memberikan kami sokongan dari segi kewangan, dan poster serta risalah yang telah diedarkan kepada para pengunjung. Kami berharap pihak Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan sokongan untuk aktiviti ini. Kami turut mengucapkan terima kasih kepada MBPJ dan Pejabat LA21 atas sokongan infrastruktur dan kakitangan berhubungkait dengan tapak Hari Organik di SS2, dan poster/banting publisiti mengenai aktiviti.

CETDEM percaya bahawa usahasama pihak NGO, pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri seperti Hari Organik merupakan satu model unik yang boleh dijadikan contoh tauladan yang boleh diterapkan ke dalam aktiviti-aktiviti serupa dalam usaha pemuliharaan Alam Sekitar di Negeri Selangor khusunya, dan Malaysia secara am.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Anthony Tan Kee Huat
Pengarah Eksekutif CETDEM
26hb Mac 2012

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: