Kerajaan Negeri Selangor manyambut “Earth Hour” bersama MBSA

SHAH ALAM, Selangor–26 Mac 2012–Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini mengumumkan sokongan kepada kempen alam sekitar sedunia, Earth Hour.

Seperti yang diamalkan pada tahun-tahun sebelum ini, Bangunan SSAAS dan bangunan-bangunan lain di bawah kawalan Kerajaan Negeri akan memadamkan lampu selama sejam pada 31hb Mac, mulai jam 8.30 malam.

“Pemadaman lampu selama satu jam setiap tahun tidak mungkin menyelesaikan masalah perubahan iklim,” kata YB Elizabeth Wong, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. “Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri percaya bahawa tindakan simbolik ini amat berkesan untuk meningkatkan kesedaran awam.”

Sempena dengan sambutan Earth Hour tahun ini, Majlis Bandaraya Shah Alam akan mengadakan program mengayuh basikal pada jam 9.30 malam. Orang ramai dijemput bersama-sama Datuk Bandar, pegawai-pegawai MBSA dan juga penduduk tempatan mengayuh basikal di sekitar Shah Alam.

Menurut Wong, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan inisiatif alam sekitar pada peringkat tempatan. “Walaupun isu-isu alam sekitar boleh membawa kesan kepada seluruh dunia, penyelesaian patut bermula pada peringkat tempatan,” kata beliau. “Oleh demikian, saya berharap pihak berkuasa tempatan yang lain akan turut mengikut contoh MBSA dan menyambut Earth Hour dengan cara yang tersendiri.”

Disambut di seluruh dunia pertama kali pada tahun 2008, Earth Hour merupakan usaha World Wide Fund for Nature (WWF) untuk meningkatkan kesedaran terhadap perlunya tindakan melawan perubahan iklim.

注重环保议题

雪政府支持“熄灯一小时”

(沙亚南26日讯)雪州政府今日宣布,将全力支持全球环保日,熄灯一小时的活动。

从“熄灯一小时”发起开始,雪州政府大厦和其他在雪政府管理的地区都在3月31日晚上8时30分熄灯一小时。

“每一年熄灯一小时也许不能改变目前的环境问题,”雪州行政议员黄洁冰说:“但是,雪州政府相信这样的行动将提升公众的环境意识,进而使大家更注重环保的议题。”

配合今年的“熄灯一小时”活动,沙亚南市议会将在晚上9点30分举行“骑脚踏车”运动,届时市长、沙亚南市议会官员及当地居民将骑着脚踏车环游沙亚南。

雪州政府也常对市民作出环保的呼吁。

“虽然全世界都面对各种环境问题,但是我们也应该主动解决发生在周遭的问题。因此,我希望,地方领袖可以像沙亚南市议会学习,一同呼吁各区市民支持这个熄灯一小时的活动。”黄洁冰补充。

由自然基金会(WWF)发起,于2008年开始就在全球各地开始的“熄灯一小时”运动至今已迈进第4年。为了提高全球对天气转变的关注,雪州政府不遗余力参与此活动,并呼吁全民加入,一同爱护地球。

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: