Bandar Hijau: MPSJ-UPM gabung tenaga

NUR FARHANA ABDUL MANAN 17 Mac 2012

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, merasmikan program

SERDANG – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal bergabung tenaga dan kepakaran dalam sembilan bidang utama bagi merealisasikan hasrat menjadikan kawasan Serdang sebagai Bandar Hijau.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, inisiatif kerjasama berkenaan bagi melahirkan komuniti hijau disamping meningkatkan kualiti hidup dan bandar lestari yang boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada perkara terkandung di dalam Pelan Strategik Subang Jaya 2012-2020 dan Pelan Strategik UPM 2011-2013.

“Selaras objektif Dasar Teknologi Hijau Negara dilancarkan Perdana Menteri pada tahun 2009, kita bersama rakan sinergi, UPM mengorak langkah memperkasakan perkongsian bestari melalui pelancaran Bandar Hijau Serdang.

“Kawasan ini dipilih kerana ia adalah sebuah bandar dibangunkan dengan pembangunan mampan yang memberi kesan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam jangka masa panjang,”katanya projek adalah sebahagian Program Perintis Pembangunan Konsep Bandar Biomas yang dilaksanakan selama tiga tahun di negara ini.

Tambah beliau antara gabungan kepakaran bakal dilaksanakan membabitkan khidmat komuniti, alam sekitar, kejuruteraan, bandaraya hijau, sumber maklumat, bandar selamat, pembangunan modal insan, perkhidmatan perbandaran dan pengindahan persekitaran.

“Antara projek dijalankan termasuk Serdang Biomass Town, Program Pemindahan Ilmu, Program Zon Bersih Seri Serdang, kitar semula dan penggunaan plastik secara mampan.

“Dengan kerjasama yang diperolehi, program kesedaran pendidikan perhutanan dan pemasangan lampu LED yang dikatakan boleh menjimatkan bil elektrik sehingga 50 peratus turut dilaksanakan,”katanya dalam ucapan sebelum melancarkan Serdang sebagai Bandar Hijau, di Taman Tasik Seri Serdang, di sini, semalam.

Hadir sama dalam program itu Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Sohadi dan Timbalan Pengarah Bahagian Polisi Biomass, Morizane Yuko.

Article Source http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bandar-hijau-mpsj-upm-gabung-tenaga-1.33088

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: