Kayuhan malam Earth Hour

WARTAWAN SINAR HARIAN 11 Mac 2012

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan aktiviti kayuhan­ malam sempena kempen Earth Hour, 31 Mac ini.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di Dataran Kemerdekaan, di sini dan melalui jalan di sekitar pusat bandar sejauh 15 kilometer.
Laluan yang dilalui adalah Persiaran Bandaraya, Persiaran Masjid dan Persiaran Sultan. 
“Justeru itu, MBSA menjemput orang ramai untuk bersama menyertai Program Kayuhan Malam Earth Hour ini sebagai menyokong kempen, 200 penyertaan terawal akan menerima kemeja-T berserta cenderahati percuma sumbangan Kumpulan Media Karangkraf,” katanya.
Penyertaan adalah percuma dan orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi Bahagian Belia dan Sukan, Jabatan Korporat di talian 03–55222733/2743 atau Pegawai Belia dan Sukan, Encik Jaid Idham di talian 012-3706636 dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Azreen Naim (019-2576897).
Pelbagai persembahan pentas diadakan seperti acara puisi dan deklamasi sajak.
Shahrin berkata, sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MBSA dengan kerjasama pemilik bangunan di sekitar pusat bandar akan memadamkan lampu di premis masing-masing selama sejam.
Sebelum ini, World Wide Fund for Nature (WWF) melancarkan kempen 60 Earth Hour pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana lampu di bangunan komersial ditutup selama sejam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: