Program Pengurusan Kitar Semula oleh WIRDA

This slideshow requires JavaScript.

26hb Disember 2011
2.00 Petang – 6.00 Petang
Dataran Tempat Letak Kereta, Jalan 1 Ampang Jaya

Anjuran – Sekretariat Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pemberdayaan Wanita ( WIRDA)

wirda-logo

Puan Muhaidatul Ismah Ismail Wakil NGO Alam Sekitar

PENDAHULUAN
Program ini dianjurkan adalah salah satu usaha pihak kami membantu kerajaan Negeri Selangor dalam kempen Alam Sekitar. Dalam program ini para peserta dan juga tetamu yang hadir didedahkan dengan skim-skim kitar semula yang harus bermula dari rumah. Selain itu juga kitar semula juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

OBJEKTIF PROGRAM
• Memperkukuhkan peranan komuniti (community empowerment) setempat sebagai ‘main player’ dalam pengurusan barang terpakai dan alam sekitar dengan aktiviti yang menyokong pemuliharaan alam semula jadi.
• Menjadikan komuniti setempat sebagai model pengurusan alam semula jadi berasaskan komuniti (community base management programme) yang berjaya dan berkesan.

PENGISIAN PROGRAM
Program ini melibatkan 11 kawasan DUN yang telah dipilih sebelum ini. Dalam Program Pelaksanaan yang diadakan baru-baru ini Seramai 100 Orang peserta mewakili kawasan yang dimaksudkan dalam kertas kerja sebelum ini. Selain itu juga 2 tetamu jemputan telah membentangkan kertas kerja masing-masing mengikut skim yang telah kami peruntukkan khas untuk program ini.

RUMUSAN KESELURUHAN
Secara umunya program ini berjalan dengan teratur mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini akan diteruskan dalam 10 lagi kawasan yang sudah dikenalpasti sebelum ini dan merupakan program wajib disetiap kawasan Negeri Selangor. Diharapkan program ini dapat membantu ke arah mencapai matlamat Kerajaan Negeri Selangor menjaga Alam Sekitar dan memulihara kawasan Hijau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: