Sambutan Krismas Selangor Mesra Alam dan Rakyat

 PETALING JAYA, 11 DIS : Perayaan Hari Krismas 2011 anjuran Kerajaan Selangor di Kompleks Membeli belah 1 Utama semalam, menerima sambutan memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.

Selain meraikan perayaan terbesar masyarakat Kristian, Kerajaan Selangor juga menyelitkan unsur pendidikan kepada rakyat menerusi tema mesra alam.

Selaras dengan tema sambutan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar, sistem lampu dan kesan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai.

Tidak terlepas, lampu pokok Krismas dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Minyak masak yang digunakan untuk menyediakan juadah makanan kepada pengunjung dikumpulkan untuk dikitarsemula.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri komited mendidik masyarakatnya tentang nilai kehidupan berbilang kaum dan agama selain memberi mesej kesedaran cintai alam sekitar.

“Sokongan rakyat di Negeri Selangor (terhadap dasar Pakatan Rakyat) ini saya lihat semakin meningkat di setiap kali penganjuran majlis yang kami lakukan.

“Inilah dasar kami, hasil negeri yang dijana dikembalikan kepada rakyat selain memajukan negeri,” Xavier berkata demikian ketika ditemui TVSelangor di sini semalam.

Sementara itu, Adun Subang, R.Sivarasa berkata bagi membantu pihak usahawan kecil, gerai-gerai makanan untuk jamuan majlis ini diberikan kepada usahawan dibawah skim MIMBAR.

“Perniaga-perniaga dibawah skim MIMBAR juga dibawa kesini bagi membantu meraka, inilah pendekatan yang jauh berbeza daripada pentadbiran terdahulu, kita bersikap menyeluruh kepada seluruh anggota masyarakat,”katanya.

Apa yang menarik pengusaha MIMBAR yang terlibat seperti Muhammad Hassan Ismail juga menggunakan teknologi hijau di dalam operasi mereka.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana penganjuran seumpama ini, melibatkan kami usahawan kecil sedikit sebanyak membantu hasil jualan kami,” katanya.

Selaras dengan tema mesra alam sambutan itu, minyak masak yang digunakan peniaga seperti Muhammad Hassan di kitar-semula.

Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat menghadiri perkarangan pusat membeli-belah, 1 Utama di Bandar Utama semalam.

Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Reshmonu dan Francesca Peters dan Koir Filharmonik Selangor.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini adalah anjuran bersamna Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan Pusat membeli-belah 1 Utama.

Article Source http://www.tvsnews.net/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wka5FgZg==

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: