Selangor Lantik Perunding Antarabangsa Siasa Punca Pencemaran Loji Syabas

Abdul Khalid IbrahimKerajaan Negeri Selangor bimbang dengan kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tentang kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air di lapan wilayah Syabas di seluruh negeri dan Kuala Lumpur akibat kandungan kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor.

Empat loji yang terlibat air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang sehingga mengakibatkan pengurangan pengeluaran air bersih kepada pengguna.

Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan pengawal selia air negeri serta juruaudit operasi dari perunding antarabangsa Halcrow untuk memeriksa empat loji rawatan bersama pegawai operasi Syabas bagi menyiasat punca pencemaran yang menyebabkan kekeruhan berlaku di empat loji berkenaan.

Satu laporan juga akan disediakan untuk dibentangkan pada mesyuarat majlis kerajaan negeri (MMKN), Rabu ini.

Lembaga Urusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan penuh tentang kejadian ini serta mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang.

Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuai sehingga menyebabkan pencemaran ini berlaku.

Kerajaan Negeri menyeru agar Syabas membuat persediaan yang secukupnya sekiranya berlakunya gangguan bekalan air dan menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat menggunakan air.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Article Source http://selangorku.com/page.php?page=Archive&month=12&post=1703

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: