Cipta hutan dalam bekas sempena Ekspo Flora Klang

Terrarium seni taman dalam bekas

Terrarium tidak memerlukan kos yang tinggi di samping memberi kepuasan kepada yang penggemar seni taman dalam bekas itu.KLANG – Tidak mempunyai ruang yang luas bukan halangan untuk menggubah taman mini di dalam bekas kaca mengikut kreativiti sendiri yang lebih dikenali sebagai Terrarium.

Bagi memeriahkan sambutan Ekspo Flora Klang 2011, Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan pertandingan Terrarium untuk peringkat sekolah menengah dan terbuka kepada semua.

Pengarah Jabatan Taman dan Rekreasi MPK, Muhammad Hijaz Sanusi berkata, pertandingan yang bermula pada 3 Disember ini bertujuan menggalakkan orang ramai menghargai alam sekeliling dalam bentuk paling kreatif melalui hiasan taman di dalam kaca.

“Peserta diperlukan untuk membawa peralatan sendiri seperti balang kaca, bahan tanaman, batu kecil, arang, pasir, bahan hiasan dan lain-lain yang berkaitan.

“Pertandingan Terrarium ini bertemakan Hutan Mini  yang perlu disiapkan oleh peserta di Taman Rakyat, Klang itu nanti,” katanya.

Muhammad Hijaz menerangkan terrarium tidak memerlukan perbelanjaan yang besar berkonsepkan miniatur ekosistem dan tidak memerlukan ruang yang luas.

“Kekurangan ruang tidak menghalang hobi untuk bercucuk tanam dan mengubahsuai landskap kerana terrarium yang berupa balang atau botol dari kaca atau plastik lutsinar diisi dengan hiasan tumbuh-tumbuhan dan ekosistem mengikut idea yang dingini,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, pemenang hadiah pertama akan menerima RM500, kedua RM400, ketiga RM300 dan RM100 untuk tujuh penerima hadiah saguhati.

Selain itu, larian flora menawarkan hadiah yang lumayan dengan syarat peserta perlu memakai pakaian yang bertemakan flora ketika menyertai larian tersebut.

Bakal menarik perhatian ramai terutamanya kaum wanita iaitu pertandingan gubahan bunga dan turut diadakan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak yang juga bertemakan flora.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan ini perlu mendapatkan borang penyertaan di Jabatan Taman dan Rekreasi MPK, Aras 6-8 Jalan Raya Barat, Klang.

Sebarang pertanyaan syarat dan maklumat lanjut mengenai pertandingan sila hubungi En. Mat Murad b. Jamali dan Pn. Hidayantie bt. Muhni ditalian No. Telefon : 03-3375 7871 / 3375 7868.

Selain itu, mereka yang berminat juga boleh melayari laman web Majlis Perbandaran Klang di  http://www.mpklang.gov.my dapatkan terus borang penyertaan dan syarat pertandingan tersebut.

Article Source https://www.facebook.com/note.php?note_id=231832263547130

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: