Kejohanan Berbasikal ‘MOUNTAIN BIKE MPSJ CHALLENGE’ 2011

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

1.   Kejohanan Mountain Bike (MTB) ini akan diadakan pada 19 November 2011 bertempat di Michael Badminton Academy (MBA),  Pusat Bandar Puchong bermula jam 8.00 pagi mengikut kategori yang dipertandingkan.
 
2.   Yuran Penyertaan sebanyak RM20.00 akan dikenakan dimana pelumba akan mendapat T-Shirt kejohanan.
3.   Kategori yang dipertandingkan mengikut had umur adalah seperti berikut ;
      A.Lelaki Terbuka  18 – 34 Tahun  10 pusingan
B.Lelaki Veteran Junior  35 – 45 Tahun    5 pusingan
C.Lelaki Veteran Senior  46 – 50 Tahun    5 pusingan
D.Lelaki Veteran Master  51 Tahun dan keatas    3 pusingan
E.Wanita Terbuka  13 Tahun dan keatas    5 pusingan
F.Lelaki Junior  13 – 17 Tahun    7 pusingan
4.   Setiap pusingan meliputi kawasan sepanjang 4.6KM (lap) + 1.8km (Mula/Tamat).
5.   Setiap perubahan pada  jumlah pusingan mengikut kesesuai an kategori tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur pertandingan dan ianya TIDAK boleh dipertikaikan.
6.   Penyertaan bagi acara ini adalah terbuka kepada warganagera MALAYSIA sahaja.
7.   Setiap peserta adalah dimestikan memakai topi keledar pelindung kepala dan pakaian yang bersesuaian semasa kayuhan itu nanti.
8.   Hanya basikal jenis MTB (MOUNTAIN BIKE) atau spesifikasi bersesuaian untuk kegunaan “0n-road” sahaja dibenarkan.
9.   Peserta hendaklah memastikan segala peralatan basikal yang perlu dibawa dan pelindung keselamatan yang akan digunakan semasa acara telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik semasa kayuhan nanti.
10. Peserta juga hendaklah memahami dan sedar bahawa tahap kesukaran trek yang disediakan untuk acara ini mencabar dan memerlukan daya ketahanan dan kepakaran teknikal untuk melepasinya.
11.  Penganjur berhak membuat sebarang pindaan  terhadap acara dan trek jika perlu tanpa sebarang notis.
12.  Klasifikasi hadiah pertandingan yang disediakan adalah seperti berikut ;
       Bagi Kategori A, B & E ( medal juara hingga ke tempat kesepuluh )
       – Wang Tunai Juara       –   RM 300.00
       – Wang Tunai Naib Juara   –   RM 200.00
       – Wang Tunai Ketiga  –   RM 100.00
      Bagi Kategori C, D & F ( medal juara hingga ke tempat kesepuluh )
      – Wang Tunai Juara       –   RM 200.00
      – Wang Tunai Naib Juara   –   RM 150.00
      – Wang Tunai Ketiga  –   RM 100.00
13.  Adalah menjadi tanggung-jawab setiap Pengurus Pasukan untuk mendapatkan kebenaran                 ibubapa/penjaga bagi pelumba-pelumba dibawah umur 21 Tahun
14. Pihak penganjur  serta penajanya tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku  sebarang kemalangan, kehilangan harta benda , kecederaan atau kematian semasa, sebelum atau selepas  menyertai kejohanan ini.
 Sila muat turun syarat penyertaan dan borang penyertaan 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: