Kerajaan Negeri sedia laksana teknologi hijau

Oleh : RISWANDI RAZAK Tarikh : November 8, 2011

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri bersedia dengan melaksanakan teknologi hijau dalam Negeri Selangor termasuk menyediakan tapak penyelidikan bagi projek pembangunan tenaga solar.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan memberi peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan kajian mengenai pembangunan teknologi solar.

Menurutnya, usaha menggalakkan penggunaan teknologi hijau ini, penting untuk keseimbangan alam sekitar khususnya bagi generasi masa hadapan.
“Perkara yang penting adalah bagaimana kita menterjemahkan penggunaan solar sel ini kepada pengguna, Kerajaan telah bersetuju untuk mengadakan kajian terpecinci tentang teknologi ini.

“Kerajaan Negeri bersedia untuk menyediakan tanah sekurang-kurangnya 20 ekar ke 30 ekar kepada mereka yang berminat untuk membuat kajian dari segi perlaksanaan teknologi solar,” katanya.
Beliau sebelum itu, merasmikan program ‘Industrial Seminar on Green Development: The Economy Of The Future’, di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim  dan Ketua Pegawai Eksekutif , Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) Berhad, Datuk Mhd. Jabar Ahmad Kembali.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga berminat untuk melaksanakan program pembersihan sungai di Negeri Selangor terutama dalam aspek menghalang sampah sarap dari memasuki sungai.

Menurutnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa untuk memastikan kualiti air di sungai mencapai tahap yang sesuai suapay masalah pencemaran ini dapat dibendung.

“Masalah yang dihadapi sekarang adalah jumlah kimia yang terdapat dalam air sungai sangat tinggi dan menyebabkan sungai di negeri ini kotor.

“Menerusi teknologi hijau, kita berharap air di sungai-sungai negeri ini menjadi bersih dan boleh digunakan dengan selamat oleh orang ramai,” katanya.

Article Source http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-negeri-sedia-laksana-teknologi-hijau-1.4518

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: