Gigih menyedarkan masyarakat – EcoKnights

Oleh Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my
AKTIF...Yasmin (tiga dari kanan) ketika terbabit dalam bengkel untuk finalis Anugerah Hijau di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
AKTIF…Yasmin (tiga dari kanan) ketika terbabit dalam bengkel untuk finalis Anugerah Hijau di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

NAMA wanita tangkas ini pasti meniti di bibir kala isu alam sekitar menjadi topik perbualan di kalangan teman-teman. Meskipun pertubuhan alam sekitar yang diasaskannya masih baru, Yasmin Rasyid boleh disifatkan antara tenaga utama yang berusaha mening�katkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia.

Atas usahanya sejak beberapa tahun lalu, Presiden EcoKnights itu berjaya memberi impak di kalangan generasi muda untuk terbabit dalam kerja-kerja sukarelawan selain mewujudkan Festival Filem Eko yang melahirkan ramai bakat baru, bukan saja dalam industri perfileman malah alam sekitar.

Jelas Yasmin, pengalamannya menghabiskan cuti musim panas di makmal marin Universiti Duke di sebuah pulau kecil berhampiran Beaufort, Carolina Utara, Amerika Syarikat menjadi titik permulaan kepada pembabitan dalam isu penjagaan alam sekitar.

“Apabila tidak berkesempatan pulang ke Malaysia ketika musim cuti, saya bekerja sambilan di makmal itu bagi membantu saya memahami lebih mendalam subjek biologi yang dipelajari di universiti.
“Bermula daripada situ, saya berminat dengan aktiviti kajian luar dan membuka minda saya meneroka lebih lanjut mengenai dunia kita,” katanya yang turut menyertai makmal penyelidikan di Universiti Malaya tatkala pulang bercuti semester di tanah air.

Yasmin Rasyid

Yasmin Rasyid

Sememangnya biologi menjadi subjek kegemarannya, namun Yasmin tidak mahu terlalu terikat dengan tugasan di makmal dan berusaha mencari rangkaian untuk aktiviti di luar.

Sejurus menamatkan pengajiannya dalam bidang biologi dan agama kontemporari, Yasmin kembali ke Malaysia dengan harapan meneruskan minat itu meskipun sedar posisi jawatan yang terhad.

“Biologi sentiasa menjadi subjek kegemaran saya walaupun saya tahu tiada posisi kerja untuk bidang itu di Malaysia ketika saya pulang pada 1998.

“Mulanya saya buntu memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan kelulusan yang ada. Lucunya, saya pernah ditawarkan jawatan pakar psikologi oleh sebuah jabatan pekerjaan tapi paling mengecewakan apabila dibebani persepsi dan mentaliti negatif orang sekeliling ketika itu,” jelasnya.

Yasmin kemudiannya terdorong menyertai aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lalu memohon jawatan di Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia di Petaling Jaya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak ini seterusnya bertindak sebagai pegawai saintifik di bawah �program ‘Forests for Water, Water for Life’ yang �mengkhususkan kepada kajian sumber pencemaran berasaskan tanah di lembangan sungai sekitar Selangor serta bertang�gungjawab memantau aspek fizikal dan kimia anak sungai – yang menyumbang kepada pembangunan dalam pengurusan bersepadu di lembangan sungai.

“WWF banyak membantu membuka minda saya mengenai aspek lain dalam pemuliharaan bumi. Bukan saja saintis yang memainkan peranan di sana tetapi wujudnya pakar ekonomi, pakar publisiti, pemasaran serta banyak lagi jawatan yang sama sekali tiada kaitan dengan sains – berjuang mempertahankan alam sekitar kita.

“Organisasi itu bagaikan batu loncatan dan apa yang saya lakukan di EcoKnights sebenarnya banyak dipengaruhi pengalaman saya di WWF.

“Isu pemuliharaan alam sekitar bukan setakat duduk di makmal atau ke hutan untuk menyelamatkan harimau. Ia lebih daripada itu. Apa yang saya peroleh di WWF banyak diterapkan di EcoKnights dan atas platform itulah saya mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai isu ini,” tegasnya.

Sepanjang di WWF juga Yasmin berpeluang melanjutkan pengajian sarjana di Universiti Malaysia dalam jurusan �bioteknologi.

“Saya sedar inilah hala tuju hidup saya, jadi saya mahu melakukannya dengan betul dan serius.

“Pengajian di peringkat sarjana bukan untuk menambah helaian kelayakan pendidikan semata-mata tapi untuk mendekatkan diri dalam bidang itu, di samping menambah rangkaian,” ujarnya yang kini turut bertugas sebagai pensyarah sambilan di Universiti Malaya serta Universiti Tun Abdul Razak.

Sejurus menamatkan pengajian dan melahirkan cahaya mata pertamanya, Yasmin mengambil keputusan berehat seketika namun masih melakukan beberapa tugasan secara sambilan.

Ketika di dalam tempoh rehat itulah Yasmin banyak memikirkan idea untuk mewujudkan satu organisasi alam sekitar yang memberi tumpuan kepada golongan muda khususnya kanak-kanak.

“EcoKnights bermula dengan idea untuk memberi kesedaran dan ilmu tambahan mengenai alam sekitar kepada generasi ini. Saya mula menyertai perjumpaan komuniti dan mengadakan bengkel mini untuk ibu bapa bersama anak-anak mereka.

“Daripada situ saya dapati �ramai tidak sedar kepentingan menjaga persekitaran kita. Saya tidak mahu anak-anak tidak kenal sungai atau takut memegang cacing malah langsung tidak tahu dari mana datangnya nasi yang kita makan setiap hari.

“Selepas beberapa siri �bengkel mini, ia berubah menjadi bengkel penuh dan hingga akhirnya EcoKnights bergerak secara rasmi pada 2006 �dengan menyediakan khidmat pengendalian program jangkauan alam sekitar untuk masyarakat dan pekerja industri.

“Staf EcoKnights pula terdiri daripada kalangan profesional yang sama-sama berjuang demi kepentingan alam sekitar. Ada antara mereka ialah ahli biologi, pereka kreatif, jurutera, ahli perniagaan, atlet, suri rumah, pesara, pelajar, karyawan seni serta pakar komunikasi dari seluruh Malaysia.

“Ramai di kalangan kami melakukannya secara sukarelawan dan bukannya berteraskan keuntungan. Saya seorang yang berorientasikan keputusan yang baik.
“Apabila saya melakukan sesuatu, saya melakukannya bukan atas faktor wang. Wang dan keuntungan tidak memberikan kepuasan pada saya dan warga EcoKnights.

“Bagi kami, apabila berjaya memulihkan satu-satu kawasan, ditambah dengan sokongan kerajaan untuk mengekalkannya, itu adalah kepuasan sebenar yang tidak boleh dinilai dengan harta.

“Saya dapati kesedaran mengenai alam sekitar ketika ini lebih baik berbanding 10 tahun lalu. Tapi kita juga perlu bezakan antara kesedaran dan perbuatan, di mana kita sedar dan melakukannya dengan betul.

“Masyarakat kita selalunya harapkan badan NGO dan kerajaan bagi menangani isu ini sedangkan kita sendiri yang perlu bertindak, alam sekitar musnah disebabkan kita, semuanya datang daripada manusia.

“Kalau bukan kita yang berubah, siapa pula yang akan melakukannya? Kita beruntung kerana Malaysia masih mempunyai banyak sumber alam dan persekitaran yang masih elok.

“Sebaik-baiknya hargai anugerah itu dan berterusan menjaganya,” tegas Yasmin mengakhiri bicara.

http://www.hmetro.com.my/articles/Gigihmenyedarkanmasyarakat/Article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: