Mini Karnival Local Agenda (LA) 21 – Bandar Bukit Tinggi, Klang

Mini Carnival

The Klang Municipal Council (MPK) will be having a Mini Karnival Local Agenda (LA) 21 this Saturday at AEON (Jaya Jusco) Bukit Tinggi, from 8.30am-6pm. Themed “No Plastic Bags and Rubbish Day”, the inaugural event aims to raise awareness about past and future programmes by MPK. There will also be drawing, colouring, and photography contests as well as competitions to create recyclable items.

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan Mini Karnival Local Agenda (LA) 21 bertempat di AEON (Jaya Jusco) Bukit Tinggi pada 1 Oktober ini.

Pegawai Perancang Bandar MPK, Ruzaana Bt Abdul Rahman berkata Mini Karnival LA 21 anjuran MPK ini akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada tarikh tersebut.

“Mini Karnival LA 21 Klang yang julung kali  diadakan ini adalah untuk mendapatkan penyertaan aktif di kalangan masyarakat di dalam perancangan demi kebaikan bersama.

“Mini Karnival ini juga bertujuan mendekatkan masyarakat tentang pengisisan ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan tentang program-program yang telah dan akan dilaksanakan MPK dan Jabatan yang berkaitan,” katanya.

Menurut Ruzaana, Mini Karnival Local Agenda 21 Klang itu bertemakan hari tanpa beg plastik dan sampah sarap menggalakkan orang ramai memelihara alam sekitar disamping menikmati acara-acara yang bakal diadakan.

“Pelbagai acara menarik antaranya ialah pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan fotografi, pertandingan rekacipta produk bahan kitar semula semulajadi, pertandingan rekacipta pakaian dari alam sekitar, pertandingan booth pameran terbaik dan banyak lagi.

Menurutnya lagi, Mini Karnival LA21 ini bakal dijadikan acara tahunan selain memberi panduan kepada masyarakat untuk menyumbangkan idea dan memberi kerjasama dalam setiap aspek pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar, secara berterusan

“Pihak kami mengajak warga Klang dan orang ramai datang beramai-ramai ke AEON Bukit Tinggi bagi memeriahkan Mini Karnival LA21 Klang pada 1 Oktober nanti,” katanya.

http://www.mpklang.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: