PENDUDUK ORANG ASLI TANJUNG RAMBAI PERINTIS PROJEK MIKRO HIDRO

Kerajaan Selangor melancarkan projek mikro hidro berasaskan komuniti dengan menjana tenaga elektrik dari sungai melibatkan 25 buah rumah di kampung Orang Asli Tanjung Rambai, Hulu Langat.

Pengerusi jawatankuasa tetap pelancongan,hal ehwal pengguna dan alam sekitar, Elizabeth Wong berkata, projek yang julung kalinya diadakan di negara ini akan dilaksanakan dan dimajukan oleh penduduk orang asli yang menjadi perintis bekerja secara sukarela.

Menurutnya, sebelum ini, penduduk orang asli terpaksa keluar untuk memperolehi minyak gasoline menjana elektrik pada sebelah malam tetapi menerusi projek mikro hidro mereka boleh mendapatkan tenaga elektrik dari sungai berdekatan dengan rumah mereka.

“Sehubungan itu, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15,000 daripada jumlah keseluruhan RM80,000 ditaja bersama syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (GLC) untuk membeli mesin mikro hidro di mana ia merupakan satu pendekatan daripada kerajaan Selangor memberdayakan warga orang asli di negeri ini.

“Apa yang penting keluarga orang asli tidak perlu bergelap khususnya anak-anak mereka ingin mengulang kaji pelajaran waktu malam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran projek mikro hidro berasaskan komuniti di perkampungan Orang Asli Tanjung Rambai, Hulu Langat, semalam.

Ditanya tempoh membina mikro hidro, Elizabeth berkata, ia mengambil masa kira-kira enam bulan.

“Saya berpendapat projek ini memberi banyak manfaat, menambah sumber pendapatan dan aktiviti sosio ekonomi penduduk orang asli di kawasan ini,” ujarnya.

persembahan daripada penduduk orang asli

Mengulas lanjut mengenai isu rezab tanah  penduduk orang asli, Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, kerajaan negeri sedang dan dalam perancangan untuk melaksanakan projek pemetaan dan ukur untuk mengenalpasti seluruh kawasan tanah di Selangor.

Bagi merealisasikan hasrat itu, menurutnya, seluruh pegawai daerah diarahkan supaya mengenalpasti kawasan mempunyai penduduk orang asli untuk digazetkan.

“Antara tanah penduduk orang asli sudah (dipeta dan diukur) di Sepang memakan masa selama enam bulan dianggarkan lebih kurang 60 penempatan kampung orang asli seluruh Selangor,” katanya.

Article from http://komunitikini.com/kl-selangor/penduduk-orang-asli-tanjung-rambai-perintis-projek-mikro-hidro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: