BENGKEL STRATEGI PELAN PENGURUSAN BERSEPADU PANTAI (INTEGRATED COASTAL MANAGEMENT-ICM)

Officiated Majlis Daerah Kuala Selangor 1st speedboat to monitor river-coastal activities. Visible improvement in riverine growth

 

At Kg Kuantan, Kuala Sgor for the Integrated Coastal Management workshop for Majlis Daerah Kuala Selangor with stakeholders, village heads, local NGOs.

MAJLIS PERASMIAN

BENGKEL STRATEGI PELAN PENGURUSAN BERSEPADU PANTAI (ICM) DAERAH KUALA SELANGOR DAN PELANCARAN TABUNG AMANAH PEMULIHARAAN KELIP-KELIP SELANGOR

OLEH

Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

YB Puan Elizabeth Wong

____________________________________________________________________

Yang Berusaha Tuan Haji Haris Bin Kasim

Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Misri Bin Haji Idris

Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor

Yang Berusaha Encik Abdul Razak Bin Maksud

Ketua Penolong Pegawai Daerah,

Wakil Tuan Pegawai Daerah Sabak Bernam

YDH Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail

Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor

Yang Berusaha Encik Hazril Hakim Bin Mohd Yazid,

Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam

Yang Berusaha Tuan Haji Azahari Bin Sairin

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor

Yang Berusaha Encik Nor Zamri Bin Sondor

Pemangku Pengarah Lembaga Urus Air Selangor

Yang Berusaha, Ketua-ketua atau wakil Ketua Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan, para peserta dan barisan urusetia yang dihormati sekalian

Salam Sejahtera,

Pertama kali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam kerana telah berjaya melaksanakan Bengkel Strategi Pelan Pengurusan Bersepadu Pantai (Integrated Coastal Management-ICM) ini.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada urusetia dan pihak-pihak yang terlibat kerana telah berusaha bagi menjayakan program seperti ini yang saya rasakan begitu penting dan tepat pada masanya terutamanya dalam usaha kita pada waktu ini untuk menguruskan persisiran pantai secara bersepadu di Negeri Selangor khasnya dan Malaysia amnya.

Untuk pengetahuan hadirin yang saya hormati sekalian, persisiran pantai dan pelabuhannya, dahulu dan sekarang telah menjadi salah satu nadi utama di negeri ini yang berfungsi sebagai laluan dan persinggahan kapal-kapal melalui jalan air yang menghubungkan negara kita dengan dunia luar. Kekayaan hasil semulajadinya yang terdiri daripada flora dan fauna juga menyumbang kepada aktiviti ekonomi para nelayan persisir pantai.

Namun dengan adanya kepelbagaian konflik yang timbul hasil daripada pembangunan di sepanjang persisir pantai, maka perlu diwujudkan satu mekanisma yang dapat menguruskan, diantara pembangunan dan alam sekitar, secara mampan dan lestari.

Saya berharap bengkel yang akan diadakan pada hari ini akan menjadi salah satu ruang dan lapangan untuk kita bertukar dan berkongsi idea, serta membentuk pelan tindakan, seterusnya merealisasikan matlamat pembangunan yang seimbang.

Pelaburan Alam Sekitar (Environmental Investment) bukan lagi merupakan perkara yang baru, bahkan telah diterima sebagai satu bentuk pelaburan masakini dan akan datang yang mampu menjana perkembangan ekonomi yang lebih mantap, berdaya saing dan mampan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya difahamkan bahawa hasil dari program Bengkel Strategi Pantai Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang dijalankan pada Disember yang lepas dan juga pada hari ini, bakal menjadi wadah bagi para peserta yang hadir untuk menunjukkan keprihatinan semua pihak yang terlibat, termasuk komuniti setempat di kedua-dua daerah ini terhadap ancaman-ancaman seperti pencemaran air laut,  kepupusan sumber asli, hakisan pantai dan sedimentasi di muara sungai yang jika tidak dikawal akan mengakibatkan gangguan kepada kesihatan ekosistem pantai dan manusia.

Mungkin kita tertanya-tanya, sama ada mengekalkan pokok bakau untuk hasil kayu arangnya atau membangunkan industri akuakultur untuk menjana ekonomi yang lebih baik? Mampukah kita membawa pelaburan baru dalam industri pelancongan ke kawasan pantai kita dengan mengekalkan ciri keasliannya untuk dinikmati oleh generasi akan datang? Konflik seumpama ini akan terjawab apabila kita menimbangkan faktor-faktor dari segi ekonomi dan nilai alam semulajadi itu sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Perkara seperti cukai pelancongan, caj-caj yang berkaitan dengan pembuangan bahan-bahan kumbahan dan sisa pepejal akan menjadi topik yang lebih hangat untuk dibahaskan.  Namun demikian, selagi manusia menghasilkan bahan-bahan tersebut, selagi itulah alam sekitar akan terus berada dalam keadaan tertekan kerana keupayaannya yang terhad untuk mengurai (degradation) secara semulajadi.

Masyarakat patut sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar, dan ianya bermula di rumah, kemudian di sekeliling tempat kediaman dan seterusnya di persisiran pantai dimana kebiasaanya aktiviti kekeluargaan diadakan.  Pihak-pihak lain seperti pengilang juga perlu mempelopori dan menggunapakai teknologi terkini dalam rawatan sisa buangan secara berpusat sebelum ianya dialirkan ke sistem saliran. Dalam erti kata lain, penyertaan semua pihak termasuk orang awam, pihak swasta dan kerajaan amat penting untuk menjadikan pelaburan alam sekitar ini sesuatu yang bermanfaat, efektif dan mencapai matlamat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya menyeru orang ramai, sektor am dan swasta serta semua pihak untuk berkerjasama dan berganding bahu menjaga persisiran pantai kita, supaya setiap pembangunan yang berlaku di sekitarnya tidak mengganggu keasliannya.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Bengkel Strategi Pelan Pengurusan Bersepadu Pantai Daerah Kuala Selangor pada hari ini.  Selamat berjaya.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: