99 Speedmart Menyalurkan Hasil Kutipan RM30,000 Dari Kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’Kepada Global Environment Centre(GEC)

Sg. Buloh, 21 Januari 2011 (Jumaat) – Kumpulan pasarakyat 99 Speedmart pada hari ini memberi sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Global Environment Centre (GEC), sebuah badan bukan kerajaan yang bertumpu pada isu-isu alam sekitar di Malaysia. Sumbangan tersebut disalurkan daripada kutipian 99 Speedmart yang menyertai kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Penyampaian cek dibuat oleh Quek Teng Hiong, pengurus besar 99 Speedmart Sdn Bhd dan disaksikan oleh YB Elizabeth Wong, EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor. Upcara tersebut diadakan di cawangan 99 Speedmart di Bandar Baru Sungai Buloh.

Dengan lebih 200 cawangan di Lembah Klang, 99 Speedmart merupakan salah satu penyokong kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang terawal dan terpenting, sejak usaha tersebut dilancarkan pada permulaan tahun 2010. Usaha Kerajaan Negeri Selangor tersebut bertujuan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri ini melalui satu kempen sukarela yang kini disertai oleh lebih dari 80 peruncit.

Setiap hari Sabtu, peruncit-peruncit ini menggalakkan pengguna untuk membawa bersama beg membeli-belah mereka sendiri dengan mengenakan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik yang diberi. Kutipan duit ini disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” ini amat berjaya sehingga Kerajaan Persekutuan mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor melalui kempen yang serupa di seluruh negara.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peruncit yang bantu menjayakan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor,” kata Wong. “Melalui usaha mereka, kita telah berjaya mengurangkan lebih dari 4 juta beg plastik pada tahun lepas. Di samping itu, kita juga berjaya meningkatkan kesedaran rakyat Selangor terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Pada hari ini, melalui 99 Speedmart dan GEC, kita dapat melihat satu lagi hasil kempen ini, iaitu penyaluran duit kutipan kempen terhadap usaha yang baik.”

“Ini merupakan cara kami untuk menunjukkan kepada rakyat betapa pentingnya melindungi alam sekitar melalui pengurangan kegunaan beg plastik,” kata Quek. “Terbukti juga janji kami bahawa kesemua kutipan melalui kempen ini akan disalurkan terhadap perlindungan bumi untuk generasi akan datang.”

“Kami berasa amat bersyukur kerana dipilih untuk menerima sumbangan ini dan ingin memberi penghargaan kepada 99 Speedmart kerana menyertai kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik,'” kata Chee Tong Yiew, pengurus GEC yang menerima cek tersebut. “Kempen tersebut bukan sahaja berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik tetapi juga membawa faedah secara tidak langsung kepada penjagaan alam sekitar, misalnya melalui sumbangan seperti ini.”

Menurut Chee, sumbangan tersebut akan digunakan oleh GEC untuk menyokong aktiviti kesedaran alam sekitar seperti program penjagaan sungai di peringkat sekolah, aktiviti Renjer Sungai seperti pemantauan kualiti air dan program kitar semula, dan juga aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau di Klang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: