10:10 Selangor – Kesedaran Perubahan Iklim

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENLANCARKAN KEMPEN 10:10 SELANGOR

SHAH ALAM, Selangor—10 Oktober, 2010—Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim “10:10 Selangor” pada hari ini.

Berdasarkan kempen antarabangsa 10:10, usaha Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan untuk membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di negeri ini.  Tunjang utama kempen “10:10 Selangor” ini adalah senarai 10 langkah mudah yang boleh diambil oleh setiap individu untuk menangani perubahan iklim sedunia.  Antara langkah-langkah yang disyorkan adalah mengelakkan pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah Celsius.

Menurut YB Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan kempen “10:10 Selangor” ini sebagai langkah permulaan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil.

 

10:10 di Air Terjun Kanching, Rawang

“Perubahan iklim sedunia merupakan cabaran yang terpenting untuk generasi kini,” beliau berkata. “Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia untuk menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita semua sedar akan hubungan di antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim.

 

Walau bagaimanapun, beliau menegas bahawa kempen “10:10 Selangor” ini hanya merupakan langkah pertama.  “Kesedaran mesti diikuti dengan tindakan, baik dari pihak kerajaan, pihak swasta ataupun individu,” beliau berkata. “10 langkah yang disyorkan bukanlah memerlukan perubahan yang besar kepada cara hidup kita, tetapi ia dapat menjana kesan yang ketara jika kita semua berusaha bersama-sama.”

Orang ramai dijemput untuk membuat deklarasi awam penyokongan terhadap 10 langkah yang disyorkan kempen “10:10 Selangor” ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad yang diperbuat daripada bahan plastik yang dikitarsemula akan dihadiahkan kepada 500 peserta yang pertama.

Untuk maklumat lanjut, sila ke halaman web – www.selangor.gov.my/1010

10:10 Selangor Langkah-langkah mudah

01 Kurangkan penerbangan
Ganti penggunaan pesawat dengan keretapi. Pilih destinasi percutian yang berhampiran. Ini dapat mengurangkan pembebasan karbon dengan ketara.

02 Penjimatan tenaga penghawa dingin 
Menetapkan suhu penghawa dingin pada paras 25 darjah Celsius ke atas. Lebih baik, gunakan kipas dan udara semulajadi.

03 Jimatkan 10% dari jumlah bil elektrik 
Gantikan mentol lampu biasa dengan mentol lampu jimat tenaga. Gantikan alat elektrik yang lama seperti peti sejuk dan seterika. Padamkan suis utama untuk alat-alat yang tidak dipakai. Bandingkan dengan bil tahun lalu.

04 Kurangkan penggunaan kereta 
Tinggalkan kereta anda di rumah sehari setiap minggu. Berjalan kaki, menunggang basikal atau menggunakan pengangkutan awam. Berkongsi kereta dengan rakan sekerja.

05 Pemakanan yang lebih baik 
Buah-buahan dan sayur-sayuran organik tempatan menghasilkan pembebasan karbon yang rendah. Kurangkan makanan yang diproses. Cuba satu hari seminggu tanpa memakan daging.

06 Beli barangan berkualiti
Kurang penghasilan barangan = kurang pembebasan karbon = kurang bencana iklim. Jadi, belilah barangan berkualiti tinggi yang bertahan lasak. Baiki barangan yang rosak. Beli ataupun jual barangan yang telah diguna.

07 Kurangkan bahan buangan
Elakkan bungkusan yang berlebihan. Patuhi prinsip “kurangkan, guna semula, & kitar semula” untuk segala bahan, termasuk sisa makanan. Elakkan penggunaan beg plastik.

08 Jangan bazir makanan 
Setiap rumahtangga Malaysia dianggarkan membazir makanan berlebihan bernilai RM100 setiap bulan. Jadi, jangan membeli atau memasak lebih daripada yang diperlukan.

09 Jangan membazir air 
Air paip menggunakan banyak tenaga, khususnya air panas, jadi berjimatlah apabila mandi, kumpul air hujan untuk penyiraman pokok dan gunakan mesin basuh dengan muatan yang penuh sahaja.

10 Hidup lebih ceria
Anda lebih sihat akibat berjalan dan berbasikal. Anda juga telah membuat teman-teman baru dari aktiviti pertukaran barangan & berkongsi kereta. Perbelanjaan juga telah dikurangkan. Yang penting sekali, anda boleh berbangga sebagai sebahagian daripada usaha global untuk mencegah perubahan iklim
… TAHNIAH!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: