Kerajaan Negeri Selangor Melancarkan Kempen 10:10 Selangor

SHAH ALAM, Selangor—10 Oktober, 2010—Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim “10:10 Selangor” pada hari ini.

Berdasarkan kempen antarabangsa 10:10, usaha Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan untuk membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di negeri ini.  Tunjang utama kempen “10:10 Selangor” ini adalah senarai 10 langkah mudah yang boleh diambil oleh setiap individu untuk menangani perubahan iklim sedunia.  Antara langkah-langkah yang disyorkan adalah mengelakkan pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah Celsius.

Menurut YB Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan kempen “10:10 Selangor” ini sebagai langkah permulaan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil.

10:10 di Air Terjun Kanching, Rawang

“Perubahan iklim sedunia merupakan cabaran yang terpenting untuk generasi kini,” beliau berkata. “Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia untuk menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita semua sedar akan hubungan di antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim.

Walau bagaimanapun, beliau menegas bahawa kempen “10:10 Selangor” ini hanya merupakan langkah pertama.  “Kesedaran mesti diikuti dengan tindakan, baik dari pihak kerajaan, pihak swasta ataupun individu,” beliau berkata. “10 langkah yang disyorkan bukanlah memerlukan perubahan yang besar kepada cara hidup kita, tetapi ia dapat menjana kesan yang ketara jika kita semua berusaha bersama-sama.”

Orang ramai dijemput untuk membuat deklarasi awam penyokongan terhadap 10 langkah yang disyorkan kempen “10:10 Selangor” ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad yang diperbuat daripada bahan plastik yang dikitarsemula akan dihadiahkan kepada 500 peserta yang pertama.

Untuk maklumat lanjut, sila ke halaman web – www.selangor.gov.my/1010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: