Pembersihan Sungai Klang bakal pacu ekonomi – Khalid

KLANG, 17 Feb – Projek pemulihan Sungai Klang akan menjadi pemacu ekonomi negeri Selangor, mensasarkan sektor- sektor strategik seperti perumahan, penangkutan awam, air dan komersil.

Projek ini juga dijangka menjadi pemangkin teknologi pemulihan alam, seraya merancakkan daya mampu teknologi tempatan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri amat sukacita berkongi manfaat komponen utama Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor ini bersama rakyat.

Kira-kira RM50 bilion ringgit telah diperuntukkan kerajaan negeri untuk pakej ini.

“Jadi masyarakat Klang kalau bekerjasama dengan kita, kita akan mencipta satu sejarah kita buat dulu iaitu membersihkan Sungai Klang supaya pembangunan ini akan berada di persekitaran yang cantik dan bersih,” katanya.

Meliputi 120 kilometer bermula dari hulu Klang merentasi bandaraya Kuala Lumpur, pemulihan sungai terkotor di Lembah Klang ini kepada sistem air yang bersih akan disusuli pembangunan hartanah di tebing- tebing strategik.

Disamping itu kerajaan negeri mahu melancarkan mobiliti sumber dengan memperkenalkan jaringan pengangkutan air, mengalihkan trafik dari lebuhraya yang sesak untuk kemudahan semua pihak.

Projek ini juga dijangka menganjak peranan Bandar Klang kepada nadi komersil dan industri yang kompetitif. Sekurang-kurangnya empat billion telah diperuntukkan dan dijangka membawa pulangan pelaburan sehingga RM5 bilion.

Khalid berkata kerja-kerja pemulihan Sungai Klang, termasuk pelupusan bahan cemar dan penggalian bahan mendapan akan dilaksanakan secara menyeluruh 13 Mac ini.

“Saya rasa ini adalah cabaran bagi saya dan rakan-rakan ahli Exco dan parlimen semuanya perlu bekerja keras, saya tahu Yang Berhormat YB Charles mahukan semuanya bersih, bersih dari pandangan, bersih dari niat dan usaha supaya Klang dijadikan satu bandaraya di Selangor yang utama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim di Dewan Hamzah, Klang

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/10288

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: