Laporan Aktiviti CETDEM Hari Organik #10

Laporan Aktiviti CETDEM Hari Organik #10 yang telah berlangsung pada Sabtu, 23hb Jun 2012 di SS2 Petaling Jaya.

Suasana jerebu kini menyelubungi sebahagian besar kawasan di lembah Kelang, termasuklah di Bandaraya Petaling Jaya. Pencemaran udara ini, yang berpunca daripada pembakaran terbuka di dalam dan luar negara,  telah memberi kesan negatif terhadap CETDEM Hari Organik telah dilangsungkan  pada hari Sabtu, 23hb Jun 2012 yang lalu. Bilangan pelawat ke CETDEM Hari Organik edisi ke 10 ini telah nampaknya berkurang, dan pencemaran jerebu ini merupakan satu punca utama penurunan bilangan pelawat, yang mungkin kuathir aktiviti luar seperti ini akan menjejaskan kesihatan mereka.

Walaubagaimanapun, para petani dan pengusaha organik terus memberikan sokongan terhadap aktiviti  anjuran CETDEM ini. CETDEM Hari Organik yang berlangsung di Padang Pusat Bandar SS2 merupakan kali kedua untuk tahun ini dan edisi ke 10 sejak tahun 2009.

This slideshow requires JavaScript.

Acara ini telah dianjurkan di bawah naungan CETDEM dengan usahasama dan sokongan padu daripada penduduk setempat SS2, pihak berkuasa tempatan MBPJ, Slow Food Klang Valley Convivion serta Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat EXCO YB Elizabeth Wong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap berkaitan Alam Sekitar.

Para pengujung terawal telah sampai ke tapak pameran dan mula menziarahi gerai pameran sejurus sebelum pukul 8 pagi lagi, walaupun secara rasminya  CETDEM Hari Organik #10 telah bermula pada pukul 8:30 pagi.

Sebanyak 8 buah khemah untuk lebih daripada 20 buah gerai pameran dan 1 khemah/pentas utama telah dibuka. Seperti biasa, pengusaha gerai pameran termasuklah Petani Bersijil Organik, Peruncit barangan Organik (makanan khasiat dan pemeliharaan kulit) serta pengusaha Kompos. Jabatan Pertanian Negeri Selangor juga turut mengambil bahagian.

Kami anggarkan jumlah pengunjung kali ini (dalam lingkungan 2,000 orang) adalah separuh daripada bilangan pengunjung yang datang untuk edisi Hari Organik bulan Mac lalu.

Walaupun demikian, kami dapat berjumpa dengan seorang pelawat yang datang khas dari Sabah. Beliau seorang pengusaha kedai organik di Sabah, datang ke Petaling Jaya hanya untuk melawat pengusaha-pengusaha bidang organik yang berada di tapak Hari Organik demi memperluaskan pengetahuan dalam bidang ini.

CETDEM telah mengambil peluang ini untuk mengedar borang-borang MBPJ berkenaan Skim Rebat Hijau yang memberikan peluang kepada para pemilik hartanah persendirian di Petaling Jaya untuk menikmati rebat sehingga 100% atau RM500 (yang mana kurang) terhadap cukai taksiran tahun 2012.

Antara tindakan ‘hijau’ yang boleh dipertimbangkan untuk rebat adalah penggunaan lampu jimat tenaga LED, landskap kawasan rumah yang mesra alam,  penggunaan sistem tadahan air hujan dan kuasa suria (pemanas air suria dan solar PV), penggunaan pengangkutan lestari seperti berbasikal, pengangkutan awam dan kereta hybrid.

Bandaraya Petaling Jaya merupakan majlis kerajaan tempatan yang meneraju pemberian insentif rebat mesra alam bukan sahaja di Selangor, tetapi di Malaysia. Ini merupakan tahun ke-2 MBPJ memberikan skim rebat. Syabas kami ucapkan kepada MBPJ!

Para pengujung juga berpeluang mendengar ceramah kesihatan, cara-cara membuat kompos dan enzim dari sisa buangan dapur dan juga mengenai isu-isupemuliharaan alam sekitar.

CETDEM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Pejabat EXCO YB Elizabeth Wong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap berkaitan Alam Sekitar kerana sudi memberikan kami sokongan dari segi kewangan, dan poster serta risalah yang telah diedarkan kepada para pengunjung. Kami berharap pihak Kerajaan Negeri Selangor  akan meneruskan sokongan untuk aktiviti ini. Kami turut mengucapkan terima kasih kepada MBPJ atas sokongan berhubungkait dengan tapak Hari Organik di SS2, dan poster/banting publisiti mengenai aktiviti.

CETDEM percaya bahawa usahasama pihak NGO, pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri seperti Hari Organik merupakan satu model unik yang boleh dijadikan contoh tauladan yang boleh diterapkan ke dalam aktiviti-aktiviti serupa dalam usaha pemuliharaan Alam Sekitar di Negeri Selangor khusunya, dan Malaysia secara am.

Bersama laporan ini, kami telah sertakan gambar persekitaran Hari Organik #10  dan salinan risalah Hari Organik.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Anthony Tan Kee Huat
Pengarah Eksekutif CETDEM
26hb Jun 2012

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 782 other followers

%d bloggers like this: