Selangor bekerjasama dengan MYCAT membanteras jenayah hidupan liar

(L-R) May(MYCAT), TJ(MYCAT Mascot), YB Elizabeth Wong & YB Lee

SHAH ALAM, Selangor–23 Mac 2012–Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini mengumumkan suatu kerjasama dengan Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) untuk menjalankan Kempen Kesedaran Membanteras Jenayah Hidupan Liar.

Melalui sokongan kewangan sebanyak RM20,000 daripada Kerajaan Negeri, kempen kesedaran tersebut bertujuan untuk mengelak kepupusan hidupan liar di Malaysia yang bukan sahaja berpunca daripada kehilangan habitat semulajadi malah pemburuan haram yang tidak terkawal.

Dengan penerbitan risalah, iklan dan poster yang menarik perhatian, Kerajaan Negeri dan MYCAT berharap untuk meningkatkan kesedaran awam yang masih rendah, misalnya dalam penjualan sajian makanan eksotik, seperti daging binatang yang dilindungi, yang kian berleluasa.

Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk mendapatkan kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kegiatan haram melibatkan hidupan liar yang dilindungi menerusi talian Hotline Hidupan Liar (Wildlife Crime Hotline – 019-356 4194 / report@malayantiger.net) 24 jam yang diuruskan oleh MYCAT.
Matlamat penubuhan hotline tersebut adalah untuk membantu meningkatkan usaha penguatkuasaan serta menyediakan sebuah saluran kepada masyarakat untuk membantu pihak berkuasa, khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).

“Kempen ini mempunyai dua tujuan utama,” kata YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. “Pertama, Kerajaan Negeri ingin mengingatkan orang ramai bahawa segala aktiviti pemburuan dan jual-beli hidupan liar yang dilindungi adalah satu jenayah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Kedua, kempen ini bertujuan untuk mendapatkan kerjasama orang awam melaporkan segala kegiatan yang menyalahi undang-undang.”

Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, sesiapa yang disabitkan kesalahan jenayah yang melibatkan harimau boleh dijatuhkan denda minimum RM100,000 dan dipenjarakan sehingga lima tahun.

“MYCAT telah mewujudkan Hotline Hidupan Liar ini pada hujung tahun 2007,” kata Dr. Kae Kawanishi, Pengurus MYCAT.” Semenjak itu, bilangan laporan telah meningkat. Kami mendapati bahawa Jenayah jenayah perdagangan haram hidupan liar paling banyak dilaporkan di negeri Selangor. Saya yakin melalui kerjasama di antara Kerajaan Negeri Selangor dan MYCAT, lebih ramai rakyat Selangor yang prihatin terhadap ancaman yang dihadapi hidupan liar akan membantu pihak berkuasa untuk membanteras jenayah hidupan liar.”

Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan semua pihak berkuasa tempatan, PERHILITAN dan MYCAT dalam pelaksanaan kempen CLAW (Cancelling of Licenses to Aid Wildlife) di mana lesen-lesen perniagaan akan dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan sekiranya didapati menyalahi akta tersebut.

****Maklumat tambahan mengenai Hotline Hidupan Liar:

  • Hotline Hidupan Liar merupakan talian 24 jam yang dikendalikan oleh Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT), yang merupakan sebuah pakatan antara Persatuan Pencinta Alam Malaysia, TRAFFIC Southeast Asia, Wildlife Conservation Society-Malaysia Programme dan WWF-Malaysia yang disokong oleh PERHILITAN untuk pelaksanaan bersama Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan.
  • Hotline Hidupan Liar ditubuhkan pada hujung tahun 2007, dan meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Masyarakat boleh melaporkan jenayah hidupan liar melalui SMS atau telefon ke 019-356 4194 ataupun melalui e-mel ke report@malayantiger.net.
  • Identiti pelapor akan dirahsiakan.

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Jenis jenayah (pemburuan, jerat, penyeludupan, restoran dan pembekal, kedai ubat tradisional, haiwan peliharaan, perdagangan on-line, dsb)
  2. Tempat (nama kedai, alamat, arahan ringkas ke lokasi / tanda arah)
  3. Tarikh dan masa
  4. Gambar atau video dapat membantu siasatan

This slideshow requires JavaScript.

(沙亚南23日讯)雪州政府今天宣布,将与MYCAT合作打击非法捕捉受保护野生动物罪案。

雪州政府今天宣布将与“大马老虎保育联盟”(Malaysian  Conservation Alliance for Tigers, MYCAT)合作推动关于“非法捕捉受保护野生动物”的醒觉运动。

在保护受保护野生动物上,雪州政府不遗余力,拨出2万令吉款额帮助推动此醒觉运动,旨在杜绝动物绝种问题,不让野生动物的生活环境受到威胁,也强力阻止不受控制的猎捕行动。

雪州政府与大马老虎保育联盟希望透过精美的海报、广告等宣传,从而提高公众对生物环境的意识,尤其是日后会拒绝食用及售卖受保护野生动物。

此外,此醒觉运动的举办也是为了公众主动参与,帮助打击非法猎捕;公众可致电到由“大马老虎保育联盟”所负责的全天候服务的“野生动物罪案热线”,019356 4194或电邮至report@malayantiger.net投报。

热线的开启时为了协助提高执行工作的效率,并且成为公众协助执行当局,如半岛保护野生动物局及国家公园(PERHILITAN)的管道。

掌管旅游、消费人事物及环境的雪州行政议员黄洁冰说:“这个醒觉运动有2个目的。第一,州政府希望提高人民的意识,让他们知道买卖受保护动物的制成品及猎捕野生动物都是违反《2010年保护野生动物法令》的;第二,这个运动也希望获得更多对违规的非法行动作出的投报。”

根据《2010年野生动物保护法》,所有有关猎捕、食用或买卖老虎的非法活动都将被罚款至少10万令吉,以及被监禁5年。

“大马老虎保护联盟”总监凯. 加娃妮希(Kae Kawani)说,该联盟在2007年就开始推介“野生动物罪案热线”,投诉可说是日益增加。

她接着说:“我们发现最多的投报来自雪州。因此,我相信,州政府与我们的合作将让更多雪州子民加入我们的保护野生动物的运动,也将更有效地打击非法猎捕。”

雪州政府也将与所有地方领袖、雪州各保护野生动物的有关当局合作,并希望通过此合作加强“取消贩卖执照运动”((Cancelling of Licenses to Aid Wildlife ,CLAW)的执行,并能在发现有人违反法令时,进一步取消所有贩卖野生动物的执照。

关于投报热线:

-热线将24小时启动与大马爱大自然组织、野生物贸易研究组织(TRAFFIC)、自然基金會(WWF)合作保护老虎。

- 热线于2007年启动,于半岛充分执行。

- 若大众获知任何关于野生动物的罪案,可发简讯或拨电至019-3564194,或发电邮至  report@malayantige.net.

-通报者的身份将被保密。

- 关于野生动物罪案:捕捉、杀害、供应餐馆、制成传统药品、通过网站售卖受保护动物等等

-通报者必须记录发现的地点、日期和时间。若情况允许,可以拍摄照片协助调查。

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 782 other followers

%d bloggers like this: