Sambutan World Water Day 2012 – Peringkat MDHS

HULU YAM BHARU , 22 Mac 2012 – Malaysia amat bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak dan menerima kadar taburan hujan yang tinggi. Oleh yang demikian ianya dilihat mampu menampung sumber bekalan air yang mencukupi untuk rakyatnya. Namun masyarakat perlu memeliharanya untuk generasi akan datang kerana negara kita juga bermungkinan besar akan mengalami masalah pencemaran jika langkah-langkah pro-aktif tidak diambil mulai sekarang. 


RCOMM sebagai NGO yang amat sinonim dengan rasa cinta terhadap aspek Kebersihan, menghargai konservasi Sumber dan Alam Semulajadi, mementingkan tabiat pembuangan melalui usaha 3R sekali lagi menyambut Hari Air Sedunia 2012 di lokasi seperti tahun lepas iaitu di Sungai Liam, Hulu Yam Bharu di daerah Hulu Selangor.

Program komuniti yang ditaja oleh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Selangor ini merupakan salah satu usaha bersepadu dalam menyuntik kesedaran kearah lebih mesra alam serta rasa cinta masyarakat terhadap Alam Semulajadi. Program tahunan yang dihadiri lebih empat ratus penyertaan terdiri dari agensi Unit kesihatan MDHS, Jabatan Bomba, pelajar antarabangsa Universiti Malaya dari IRAN yang diketuai oleh Professor Dr Abdul Halim, guru-guru serta pelajar sekolah dari kawasan sekitar.

Antara aktiviti ilmiah yang dijalankan adalah :

  • Bacaaan Sajak mengenai AIR dalam pelbagai bahasa.
  • Pertandingan mewarna
  • Sessi Kuiz mengenai Air
  • Sessi menggunakan peralatan sains seperti mikroskop untuk habitat kecil, sample kualiti air, menggunakan indicator air, pemantauan kimia.
  • Memberi kemahiran hidup kepada pelajar untuk kegunaan dalam pengurusan Alam Sekitar serta menghargai sumber Alam Semulajadi.

Program ini juga mampu untuk mengubah sikap terutamanya pelajar dan orang ramai terhadap TABIAT pembuangan sampah ke kawasan sumber alam semulajadi termasuk sungai. Bersesuaian dengan Tema ‘United Nation’ pada tahun ini iaitu “Water and Food Security”, ianya telah membuka satu pandangan baru setiap pelajar selain ianya hanya dijadikan tempat berkelah atau bermandi manda dan membuang sampah. Pelajar juga amat teruja apabila telah menemui lebih dua puluh spesis dalam dasar air sungai tersebut yang juga berperanan dalam habitat alam. Terimakasih rakan penganjur MDHS, JPS dan Prof Dr Abdul Halim dari UM.

Sekian.

This slideshow requires JavaScript.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 782 other followers

%d bloggers like this: