Teknologi EM Berjaya Atasi Masalah Pencemaran Ternakan Khinzir

Masalah pencemaran alam sekitar yang melibatkan bau busuk ekoran penternakan khinzir yang mengundang ketidakselesaan penduduk di Ladang Tumbuk, Kuala Langat sejak sekian lama berjaya diselesaikan melalui penemuan teknologi baru bagi mengatasi masalah tersebutPembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, kerajaan Selangor bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor telah membuat beberapa kajian untuk mencari jalan bagi merawat pencemaran air dan bau yang melanda kawasan itu.

Dr Yaakob berkata, sebagai langkah awal, Jabatan Veterinar menyarankan supaya penternak di negeri ini menggunakan kaedah effective microorganism (EM) yang diamalkan oleh negara luar seperti Jerman dan Belanda di mana ia tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar dan penduduk setempat.

“Apabila saya dilantik menjadi Exco dan menunggu kertas kerja yang sesuai untuk menyelesaikan perkara ini secara efektif, Jabatan Veterinar telah memperkenalkan satu inisiatif lain di mana dengan menggunakan kaedah EM yang ternyata dapat mengatasi serta mengawal masalah pencemaran air dan bau.

Kaedah ini bukan sahaja berkesan, malah lebih murah dan saya difahamkan 30 peratus daripada penternak atau ladang ternakan di telahpun melaksanakan kaedah ini,” katanya.

Jelasnya, projek bernilai RM100 juta yang disediakan kerajaan negeri untuk membantu penternak itu tidak akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar seperti yang didakwa segelintir pihak.

Perkara ini terbukti apabila beliau sendiri pernah melawat ladang ternakan khinzir untuk menguji keberkesanan kaedah EM yang ternyata tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Justeru ujarnya, sekiranya kaedah yang diperkenalkan ini membuahkan hasil untuk jangka masa panjang, maka ia adalah pendekatan yang akan digunakan secara meluas di seluruh ladang ternakan di Selangor.

Tambahnya, bakteria yang digunakan untuk melaksanakan kaedah ini boleh digunakan untuk semua jenis ternakan termasuk lembu, kambing dan ayam dan tidak hanya terhad kepada ternakan khinzir semata-mata.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan sekiranya ada pelabur yang mampu untuk mengendalikan projek ini atau mengkaji alternatif lain bagi menggantikan kaedah yang diperkenalkan.

Bagaimanapun, buat masa ini, saya dengan nasihat Jabatan Veterinar menyarankan penternak agar menggunakan kaedah EM untuk menyelesaikan pencemaran di kawasan Ladang Tumbuk,” jelasnya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga telahpun membina sebuah makmal EM di Kuala Langat dengan modal kira-kira RM400,000 untuk membantu penternak dalam usaha membersihkan ladang-ladang mereka sekaligus menyelesaikan masalah pencemaran yang dihadapi penduduk.

Ketika Selangor dikuasai BN, mesyuarat Exco kerajaan negeri yang ketika itu dipengerusikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari 2008 telah meluluskan projek ladang ternakan khinzir moden (pig farming).

Article Source http://www.tvsnews.net/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wka5Ffag==

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 783 other followers

%d bloggers like this: